KUALA LUMPUR 15 Okt. - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober , demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad."Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan 1 Zulhijah , 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober 2012."Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat 26 Oktober 2012," katanya dalam kenyataan di sini. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121015/dn_37/Malaysia-sambut-Aidiladha-26-Oktober#ixzz29OF6oSjk
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment